Pages

Friday, 1 March 2013

Jantung Tiruan Mesra Pengguna



Tentang Jantung Tiruan Mesra Pengguna

Kegagalan jantung berfungsi adalah antara masalah jantung yang paling kerap menjadi punca pesakit dimasukkan ke hospital Institut Jantung Negara.Pesakit yang mengalami kegagalan jantung tahap akhir biasanya disenaraikan dalam penerima jantung daripada orang lain kerana tidak lagi mempunyai harapan untuk sembuh dengan teknik perubatan sedia ada.Senarai penerima jantung yang sangat panjang telah menyebabkan ramai pesakit tidak sempat melakukan pembedahan pemindahan jantug dan meningal dunia.

Pada 31 Julai 2010,Institut Jantung Negara (IJN) mencatat sejarah dalam dunia perubatan Malaysia melalui pengenalan jantung tiruan tanpa nadi yang dikenali sebagai Heart Mate II .Jantung tiruan berpotensi digunakan oleh pesakit jantung kronikyang memerlukan sokongan jangka panjang. IJN telah melakukan pembedahan menanam Heart Mate II  kepada seorang pesakit  "dilated cardiomyopthy"(jantung lemah,membengkak dan tidak boleh mengepam darah) yang berusia 39 tahun.

Sistem Heart Mate II  merangkumi pam yang ditanam di dalam dada pesakit dan satu komponen terdiri daripada pam kawalan dan bateri berada di luar tubuh pesakit.

Heart Mate II  ialah sistem bantuan ventrikel kiri yang membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan. Jantung tiruan ini direka untuk bertahan lebih lama, iaitu melebihi lima tahun. Justeru ,memberi harapan kepada pesakit untuk tidak menjalani pembedahan pemindahan jantung.Tambahan pula, Heart Mate II  yang digerakkan oleh bateri lebih senyap, oleh itu dikenali sebagai jantung tiruan tanpa nadi.

Berbanding jantung mekanikal yang digunakan sebelum ini, Heart Mate II  lebih mesra pengguna kerana pamnya yang kecil membolehkan jantung tiruan ini ditanam ke dalam tubuh pesakit tanpa mengira saiz ruang dada pesakit. Jantung tiruan ini juga boleh dalam badan pesakit yang memiliki tubuh bersaiz kecil terutamanya pesakit wanita asia. Heart Mate II  direka dengan berat kurang satu kilogram dan berkeupayaan untuk mengepam darah sehingga 10 liter seminit. Hal ini membolehkan pesakit melakukan aktiviti harian dan tidak perlu berada di hospital.

Sistem Heart Mate II  tidak menggantikan fungsi asal jantung tetapi bekerjasama dengan jantung asal untuk mengepam darah. Umumnya pada jantung yang sihat, ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh tubuh. Namun pada jantung yang sakit, ventrikel kiri tidak kuat untuk mengepam darah secukupnya. Justeru, Heart Mate II ditanam di sebelah jantung asal pesakit bagi membantu menyokong ventrikel kiri dengan menambah kadar aliran darah.

No comments: